TAHNIAH! Lana Nodin Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan
- artisku
- Mar 9, 2016
- 1 min read
Nampak gayanya segala spekulasi mengatakan Lana Nodin telah selamat bersalin terbongkar. Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan dia dilihat peminat berada di Singapura bersama suami serta anaknya namun tiada sebarang respon daripada beliau yang tampil membuat kenyataan bahawa dia telah selamat bersalin.

Untuk makluman, Lana Nodin telah selamat bersalin bayi perempuan pada pertengahan Januari lalu seberat 4 kilogram diberi nama Gia Quinn Mckienzie di salah sebuah hospital swasta Kuala Lumpur.

Tiada memuatnaik gambar terbaru mengenai anak mereka di laman sosial walaupun sering
kali disoal oleh peminat tentang anak pertama mereka, Lana Nodin menjelaskan antara sebab dia tidak menghebahkan mengenai cahaya matanya kerana tiada orang bertanya.


Alahai macam tu ceritanya. Tapi kan dah ada yang bertanya soal tu? Hmm, apapun tahniah diucapkan buat Lana dan suami. Semoga kehadiran Gia mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan yang terbina. Aminnn!
コメント